widgeo.net

Monday, July 20, 2009

Hairan oh Hairan...

Aku semakin pening dan hairan dengan sesetengah penyokong parti politik yang terlampau taksub dengan parti yang mereka sokong walaupun dengan jelas dan secara terangnya parti itu tidak menjadikan alquran dan assunnah sebagai pegangan,bukan aku kata aku ni baik tetapi kita semua sebagai hamba ALLAH wajiblah memilih apa yang baik dan mengikut landasan alquran dan assunnah supaya kita semua tidak terpesong dari ajaran agama islam.
Lagi menambahkan pening dan hairan aku apabila sesetengah penyokong "taksub" tu kebanyakannya bercakap atas dasar dengar dari sebelah pihak,tidak berlandaskan bukti dan fakta yang kukuh,apa salahnya sebelum bercakap tu kaji dulu sedalam-dalamnya,dengar dari dua pihak,cari bukti dan fakta kukuh barulah tahu kebenaran sesetengah perkara.
Tambahan pula,penyokong taksub tersebut sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk membuktikan kata-kata mereka benar padahal apa yang diungkapkan ternyata amat salah sekali bila dikaji dengan sedalamnya,kenyataan mereka kadang-kadang boleh menimbulkan pergaduhan,fitnah dan bermacam-macam lagi.Semua orang tahu tentang dosa fitnah tu lagi besar dari dosa membunuh. Sudah terang lagi bersuluh tentang perkara yang salah tetapi hendak juga ditegakkan benang yang basah,dalam otak aku ni terfikir-fikir kenapalah orang sebegini ada diMalaysia yang aman ni...
Kalau diikutkan hati aku ni,aku rasa macam nak pegang kepala penyokong taksub ni,ketuk kuat-kuat bagi otak mereka ni "clear" balik,tetapi aku sedar aku ni orang islam,Baginda Nabi Muhammad S.A.W tidak mengajar umatnya berkelakuan sebegitu rupa. Hanya doa yang mampu aku berikan supaya mereka dapat mengubah sikap sebegitu.Ya ALLAH,Kau ampunilah dosa-dosa merekan dan berilah hidayah-MU kepada mereka supaya mereka dapat kembali kejalan yang benar.amin yarabbal alamin.
Akhir kata,kalau ada sesiapa membaca artikel aku ni,mana yang baik sama-sama kita jadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan,buang jauh-sejauhnya. Segala yang baik datang daripada ALLAH,yang buruk datang dari diri aku sendiri.

No comments: