Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
widgeo.net

Sunday, December 19, 2010

cinta dia atau DIA???? (part 1)

Sudah terang lagi bersuluh,menerangi kegelapan malam..apa yang indah??apa yang cantik??apa yang terang lagi menerangi??
itu yang terfikir dalam lubuk sanubari aku tentang kehidupan yang beribu bahkan berjuta dugaan yang datang setiap masa..

Dikedai makan,Di dalam bilik,Diatas motor aku tertanya-tanya apa yang dikatakan cinta yang hakiki,adakah keatas manusia?? aku penipu kalau mengatakan aku tiada perasaan ini,cuma aku tak mahu menjadi seperti sesetangah manusia yang menyalah gunakan perasaan yang dikurniakan DIA pencipta kehidupan ini.

Pengertian cinta itu sebenarnya amat besar,bukan hanya didalam konteks perasaan,ianya melibatkan hati,fikiran dan tingkah laku,sayang seribu kali sayang kerana pengertian ini disalah gunakan dalam erti kata hanya keatas manusia dan amat jarang sekali keatas YA RAHMAN YA RAHIM..

Kadang kala aku berjalan berseorangan di Central Market,Mid Valley dan berbagai tempat kalau disenaraikan agak tergeliat jari aku nak menaip,aku tengok,aku lihat,aku pandang dan ada yang aku senyum,ada yang aku sedih dan ada yang aku ketawa terbahak-bahak melihat karenah manusia,bukan hendak mengatakan aku baik,aku "ALIM",aku hanya berjalan sambil melihat karenah ragam manusia lebih lagi umat islam yang MENGAKU ISLAM.

Banyak manusia yang memilih untuk dia dan bukan DIA,kenapa??mengapa??kalau dalam loghat utara awat??aku fikir,aku renung,kenapa ini terjadi,kenapa ini berlaku,dan aku tersenyum dan ketawa atas diri sendiri,"mat,hang dah ada jawapan mat",aku jawab persoalan yang aku sendiri bangkitkan.."kalau memilih dia tak kekal mat,TETAPI jikalau memilih dia bersandarkan DIA akan kekal dengan izin DIA mat",aku jawab soalan aku sendiri..

Bila difikirkan,aku pening,aku resah,bak kata kawan aku,"boleh masuk wad tuu".
Arghh aku tak mahu fikirkan perkara yang bukan utama bagi aku buat masa ni,tetapi suatu hari nanti aku kena fikirkan dan buat masa ni bak pesanan seorang ustaz yang aku jumpa di DUSUN TUA,setiap kehidupan berlandaskan mencari keredhaanNYA,fikir berlandaskan iman,islam dan ehsan,buat masa ini aku akan pilih cintakan DIA sampai bila-bila dan bila aku nak pilih cinta dia,aku nak pastikan berlandaskan DIA YA RAHMAN YA RAHIM..

sekian buat masa ni

(BERSAMBUNGDI MAsA AKAN DATANG)

p/s:teringin nak buat novelagar dapat jadi satu wadah menyedarkan remaja islam TIANG AGAMA

Thursday, November 4, 2010

PETUA TRADISIONAL UNTUK BATU KARANG

Diajar kepada saya oleh seorang hamba allah yang memang pakar perubatan tradisional akar2,daun2

caranya adalah

1:SEDIAKAN LOBAK PUTIH CINA YANG SAIZNYA SAMA DENGAN CARROT,LOBAK PUTIH JANGAN TERLALU BESAR ATAU KECIL,PASTIKAN SAMA DENGAN SAIZ CARROT MERAH

2:JANGAN SESEKALI BLENDER,GUNAKAN TEMPAT PARUT KELAPA,KIKIS LOBAK SUPAYA MENJADI SEPERTI KELAPA YANG DIPARUT

3:PERAH LOBAK PUTIH YANG DIKIKIS GUNA PARUT KELAPA TADI,LALU AIR KELUAR DARI PERAHAN LOBAK PUTIH TADI DIMINUM (SEELOKNYA DIDAHULUI DENGAN SELAWAT,ALFATIHAH)

4:TERPULANG NAK MINUM BERAPA KALI,TIADA KESAN SAMPINGAN KERANA TIADA CAMPURAN BAHAN KIMIA,SAY CADANGKAN TIGA KALI SEHARI

APAPUN KITA BERUSAHA SAMBIL DISERTAI DOA KEPADA ALLAH AGAR DISEMBUHKAN PENYAKIT..

SEKIAN

Wednesday, September 22, 2010

FIKIR DAN RASA

fikir oh fikir
bila dibiarkan berfikir maka berfikirlah,jika tidak berfikir maka jadi tak waras,perlu berfikir kerana itu keperluan,tetapi berfikir dengan sederhana,tidak terlampau lebih,tidak terlampau kurang..

aduhai,fikir menjadi fikir,tetap akan menjadi fikir,fikir satu perkara waras bukan fikir perkara tidak waras

rasa oh rasa
menipu jika tidak tahu merasa cuma cara dan pelaksanaan berlainan,apa itu rasa apa itu merasa,tepuk dada tanya kepada ahlinya,

bila tidak merasa tak sempurna,dan bila merasa ditakuti tersalah merasa,seronok gembira,takut,semua rasa
sedapnya nasi lemak,manisnya air,itupun rasa..
rasa gembira dan rasa manis air berbeza tetapi yang sama adalah rasa dan itulah hakikatnya..

wassalam

Saturday, September 18, 2010

ALFATIHAH

Assalamualaikum,
untuk pengetahuan SEMUA LEPASAN SAMT KKB sekalian,
Ustaz Alias telah kembali ke rahmatullah tengah hari tadi, bersamaan hari Jumaat, 17 september 2010. Mari bersama kita hadiahkan untuk tenaga didik yang banyak berjasa ini dengan surah alFatihah. Semoga Ustazah Ngafiah dan keluarga tabah. Bagi yang ingin berziarah takziah ke rumah arwah, ini alamatnya No.16, Taman Teratai, Kuala Kubu Bharu.

Monday, January 25, 2010

cybertrooper oh cybertrooper......

assalamualaikum,
maaf lama tidak menulis..
kini aku cerita satu perkara yang aku nak kongsi mengenai "sebilangan" manusia di MALAYSIA

Cybertrooper disini maksud aku adalah upahan sesetengah pihak untuk kepentingan pihak itu...
Aku ikutkan tidak peduli dengan golongan mereka tetapi aku kesal dengan sifat mereka..
Mana tidaknya,kebanyakan mereka yang aku nampak dan lihat selama bertahun-tahun ini sanggup keluarkan apa-apa kenyataan sekalipun tidak berasas,tiada bukti,dan sanggup melanggar syariat islam...
"Puak2" ini sanggup menghina ulama-ulama demi kepentingan mereka untuk mempertahankan "PIHAK" yang bersekongkol hinggakan terkeluar ayat "da nak mati dah" terhadap ulama yang sepatutnya dihormati..diikutkan hati aku yang kadang-kadang baran ni,nak juga aku maki,kalau terjumpa nak sumbat kepala mereka dekat longkang,tetapi apa yang aku dapat kalau buat bagitu???puas???sepanjang aku belajar agama,islam tidak mengajar umatnya begitu,apa yang aku mampu buat sekarang ini hanyalah mendoakan mereka agar diberi hidayahNYA dan menulis diblog aku untuk lepaskan "GERAM" dekat puak-puak ini.
Akhir Kata,"Sapa makan cili dia terasa pedasnya"..marilah kita sama-sama mendoakan agar golongan mereka ni diberi petunjuk dan hidayah dariNYA..amin
wassalam