widgeo.net

Sunday, August 10, 2008

kelebihan alquran

1.Allah berfirman sebagaimana dalam Surah al-Isra ayat 9:

'Sesungguh al-Quran ini menunjuk kepada jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amalan soleh bahawa bagi mereka ganjaran yang besar.

2.Rasulullah S.A.W bersabda riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah r.a. :

'Tidak terdapat mana-mana Nabi dari kalangan Anbiya kecuali diberi kepadanya mukjizat yang mana dengannya boleh menjadikan manusia beriman dan sesungguhnya yang diberi kepadaku ialah wahyu yang diwahyukan oleh Allah kepadaku.Oleh itu,aku berharap semoga akulah orang yang paling banyak pengikut di Hari Kiamat.

3.Rasulullah S.A.W bersabda riwayat Bukhari dan Abu al-Hussein Muslim:

Orang yang membaca Quran, sedangkan dia mahir dengannya adalah dia bersama utusan (penulis) yang terdiri dari Malaikat yang mulia dan patuh. Dan orang yang membaca Quran sedangkan dia tergagap-gagap dan sukar,maka baginya dua pahala.

4.Rasulullah S.A.W bersabda daripada Abdullah b Mas'ud r.a. :

'Yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran maka baginya satu kebaikan dan satu itu bersamanya sepuluh, aku tidak mengatakan alif lam min itu satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf.

5.Diriwayatkan oleh ad Darimi dari Abdullah b Mas'ud r.a, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

'Bacalah al-Quran, Sesungguhnya Allah tidak mengazab hati yang menyimpan (hafal) Al-Quran dan sesungguhnya al-Quran itu hidangan Allah,maka sesiapa masuk padanya, maka dia mendapat keamanan dan sesiapa kasihkan al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita yang baik)

6.Sebuah hadis Nabi S.A.W diriwayatkan oleh Ibn Amir:

'Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari Kiamat, puasa berkata,Ya Tuhan,aku menghalanginya dari makan dan syahwatnya disiang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat kepadanya. Al-Quran berkata, aku telah menghalanginya dari tidur malam, perkenankanlah aku memberi syafaat kepadanya, maka kedua-dua permohonan itu diterima.

7.Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar:

'Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air. Seorang bertanya, apakah cara bagi menjadikan hari bersinar semula? Maka Rasulullah S.A.W bersabda, selalulah ingatkan mati dan membaca al-Quran.

8.Kata ABu Umamah al Bahili r.a, aku dengar Nabi S.A.W bersabda :

'Bacalah al-Quran, sesungguhnya dia akan datang pada hari Kiamat bagi memberi syafaat kepada pembacanya.

peringatan kepada umat islam

peringatan kepada umat islam

Pada Hari Raya ini mungkin kita akan bercampur gaul secara bebas dgn laki dan perempuan,apa yg nak dingatkan disini ialah tentang satu hadis yg menyatakan

'lebih baik menusuk kepalamu dgn paku besi daripada bersentuh dgn perempuan (bukan mahram) '

Oleh itu,kpd minah2 dan laki2 yg macho dan cun,janganlah kamu memegang tangan (bukan mahram) diantara kamu dgn sengaja,kerana dosanya ibaratkan kamu memegang babi,dan haruslah disamak.

Ini hanya peringatan,terpulanglah kpd kamu sama ada ingin mengamalkannya ataupun meninggalkannya.Ana tak rugi apa2,malah antum (kamu sekalian) yang rugi jika melanggar peraturan dalam ISLAM.

Selamat Hari Raya dan Berseronoklah dgn cara ISLAM.Yakni :

1. Jgn tergesa2 kerana Ia merupakan Sifat Syaitan,sederhanalah selalu

'tidak akan rugi,miskin seseorang yang bersederhana'

2.Jgn berlebih,dan membazir,kerana membazir merupakan Saudara Syaitan

'Ingatlah kpd mereka yg tiada,yang raya dgn duka dan hiba'

3.Jgn lupa kpd anak2 yatim,fakir miskin,orang2 tuamu.

'Sesungguhnya sesiapa yang memuliakan anak2 yatim akan dimuliakan oleh ALLAH S.W.T'

'Tidak akan masuk dan merasa Syurga Seseorang itu Jika Ia Derhaka Kpd Orang Tuanya.'


Itu Saja pesanan saya,semoga Hari Raya antum berjalan dgn lancar dan bahagia.

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATUALLAHI WABARAKTUH

AuRat WanItA

Aurat wanita..


1 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " [Riwayat Bukhari dan Muslim]

2 . Kaki ( tumit kaki )
"Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " [An-Nuwr 24:31]

a ) menampakkan kaki Goimaalik: ya'gni betis, kerana Rasuwlu-(a)llah S'AWS tak mahu pakaian menyentuh tanah (HARAAM!), kerana jika menyentuh tanah, kain tersebut akan tekena kekotoran.)
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

3 . Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." [Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban]

4 . Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." [An-Nuwr 24:31]

5 . Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya." [Riwayat At-Thabrani]

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

6 . Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu."

a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah: "Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." [Riwayat Muslim dan Bukhari]

8 . Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " [Riwayat At Tabrani dan Baihaqi]

9 . Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" [An-Nuwr 24:31]

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan." [Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi]

10 . Mulut ( suara )
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " [Al-Ahzab 33:32]

"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi " [Riwayat Ibn Majah]

11 . Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)." [An-Nur 24:31]

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan
Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya ,
maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Riwayat Al Bazzar]

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." [Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah]

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " [Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah]

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha
penyayang." [Al Ahzab 33:59]

13 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)." [Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari]

"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

Wallahu 'alam.

kerosakan akhlak muda mudi

Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Dua kaki seorang hamba itu akan tetap (berada di padang masyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Tentang umurnya, di manakah dihabiskan, tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan, tentang hartanya, bagaimanakah diperolehi dan bagaimana digunakan dan tentang amalannya, apakah diamalkan dengannya."

Di antara keempat-empat soalan tersebut, ada satu soalan yang Allah SWT akan tujukan kepada setiap manusia semasa berada di padang masyar berkaitan dengan usia muda. Mereka akan disoal bagaimana mereka menghabiskan masa muda mereka, adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Di dalam al-Quranul Karim, Allah SWT mengambarkan kisah satu golongan pemuda yang berani mempertahankan aqidah dan agama mereka walaupun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami
(mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."

Di dalam sejarah Islam, menceritakan kepada kita betapa hebatnya peranan pemuda-pemuda Islam berjuang mempertahankan Islam sehingga Islam itu berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, menyedari betapa pentingnya golongan pemuda di dalam perjuangan Islam, maka Rasulullah SAW begitu mengambil berat terhadap pendidikan golongan pemuda. Buktinya, mereka yang mula-mula memeluk Islam dan menerima dakwah Rasulullah SAW adalah dari kalangan pemuda-pemuda yang umur mereka lebih muda daripada Rasulullah SAW sendiri seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan lain-lain lagi.

Sementara mereka yang menyertai golongan penentang dakwah Rasulullah SAW ialah daripada golongan tua yang menganggap diri mereka lebih banyak makan garam daripada orang lain seperti Abu Jahal, dan lain-lain lagi. Muslimin sidang jumaat sekalian! Golongan pemuda Islam pada hari ini pula seolah-olah telah lupa tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT. Mereka berpegang dengan slogan zaman muda hanya sekali. Oleh itu mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka dan mereka menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh syaitan dalam hati sanubari mereka.

Sebahagian besar daripada golongan pemuda Islam pada hari ini sudah tidak lagi mengingati Allah SWT seperti meninggalkan sembahyang. Mereka merasakan bahawa ibadat sembahyang lima waktu itu sangat membebankan mereka. Seolah-olah lebih payah daripada mendaki gunung yang tinggi atau berenang di dalam lautan api. Golongan pemuda seperti ini lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan bermain dam di atas wakaf bermula dari fajar sehingga larut malam, bertemankan sebatang lilin atau cahaya rembulan. Tempat-tempat umum seperti perhentian bas dan pasar-pasar menjadi tempat longgokan pemuda-pemudi yang tidak ada arah tujuan hidup.

Di sinilah tempat mereka bersuka ria, bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan, menghisap rokok dan melakukan perkara-perkara yang sia-sia, tidak ada guna di dunia dan di akhirat. Di sana mereka mengayakan fesyen terbaru yang digayai oleh pemuda-pemudi daripada negara barat, yang ditaja oleh golongan Yahudi dan Nasrani bertujuan menyesatkan dan memesongkan mereka daripada Islam.

Pergaulan bebas yang berlaku dikalangan pemuda-pemudi tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah menyebabkan berlaku gejala sosial seperti berzina, rogol dan membuang anak-anak yang lahir daripada perbuatan zina. Jika kaum jahiliyyah sebelum datangnya Islam dihina kerana melakukan pembunuhan kanak-kanak perempuan yang baru lahir secara ditanam hidup-hidup, maka ada pemuda-pemudi Islam hari ini lebih hina kerana membunuh anak yang baru lahir hasil daripada perbuatan zina tidak lagi mengira lelaki atau perempuan, bukan lagi ditanam tetapi dibunuh begitu sahaja di dalam longkang, tong sampah dan di sungai yang kemudiannya menjadi santapan istimewa burung gagak, ular sawa, biawak, buaya dan anjing liar.

Pemuda-pemudi Islam juga menjadi penagih dadah, ganja, pil khayal, ubat batuk dan sebagainya. Mereka ini bukan sahaja menyusah diri sendiri tetapi juga menyusahkan orang lain. Kerana merekalah ibu-bapa menjadi malu, kerana merekalah masyarakat tidak tenteram kerana berlakunya kes-kes kecurian dan rompakan.

Kerana mereka kerajaan terpaksa berbelanja beratus-ratus juta setahun untuk menyara hidup mereka di dalam pusat pemulihan seperti kata pepatah melayu; seperti memikul biawak hidup' atau 'tiada beban batu digalas.

Muslimin sidang jumaat sekalian!

Begitulah sebahagian daripada contoh kerosakan perangai dan akhlak dikalangan muda-mudi hari ini. Siapakah yang bersalah di dalam soal ini? Seseorang itu tidak boleh menuduh orang lain melainkan mereka hendaklah bersama-sama membuat perhitungan sendiri. Kita tidak perlu bergaduh sesama sendiriuntuk menentukan siapakah yang bersalah sehingga kita membetulkan keadaan yang ada. Tidak ada seorangpun yang terkecuali daripada tanggungjawab yang besar ini bermula daripada seorang individu, keluarga, masyarakat dan negara. Marilah sama-sama kita membentuk diri kita menjadi seorang yang patuh kepada Allah SWT.

Kemudia marilah kita sama-sama membentuk sebuah keluarg Islam yang terdiri daripada ibu-bapa dan anak-anak yang beramal dengan ajaran Islam sehingga sebuah rumah tangga itu boleh disifatkan dengan "baiti jannati" rumahku syurgaku.

Hasil daripada setiap keluarga Islam yang beramal dan patuh terhadap ajaran Islam, maka akan lahirlah pula masyarakat Islam dan negara Islam yang diberkati dan diberi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan bukakan kepada mereka pintu-pintu keberkatan daripada langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) lalu kami menghukum mereka kerana apa yang mereka lakukan."