Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
widgeo.net

Tuesday, October 14, 2008

Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka Pas Kawasan Jerai pada 3/10/08 bersamaan raya ketiga




Assalamualaikum kepada para pembaca..baru2 ni pada raya ketiga saya telah berkesempatan menghadirkan diri di majlis hari raya dan rumah terbuka pas kawasan jerai yang mana YDP nya adalah Ustaz Azizan sendiri.
saya tidak menyangka sungguh senang untuk berjumpa dengan ustaz azizan kerana pada sangkaan saya untuk berjumpa dengan Menteri besar amatlah susah kerana kesibukan beliau.
Nampaknya sangkaan saya amatlah salah sekali kerana waktu mula2 masuk di kawasan majlis saya lihat ustaz azizan dikelilingi oleh ramai orang yang ingin bersalam,mengambil gambar dengan beliau dan saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan ustaz azizan kerana bagi saya peluang ini amatlah jarang terutama bagi orang2 biasa mcm saya.
Pada majlis itu,ustaz azizan kelihatan begitu mesra sekali dengan sesiapa yang datang untuk berjumpa ataupun ingin mengambil gambar dengannya.Ini mengubah tanggapan sesetengah orang yang mengatakan bila sudah ada pangkat mulalah sombong.Ucapan tahniah diucapkan kepada ustaz azizan kerana mengubah tanggapan ini.
sekianlah saja dari saya...berjumpa kita dilain rencana...wassalam...


No comments: