sedang dikemaskini keseluruhan didalam blog setelah berjaya dibuka semula blog ini pada 2.4.2016
Tuesday, October 14, 2008
Kenangan Semasa Bersekolah di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi
Gambar ini semasa saya berada ditingkatan lima di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi(SAMBBST) pada tahun 2006.Terlampau banyak kenangan manis,pahit,masam dan manis pada waktu itu.Diantaranya ketika saya kecewa dengan 'seseorang' kerana saya sendiri yang syiok sendiri(hehe) dan banyak lagi.Kenangan yang paling sedih adalah ketika peperiksaan Spm habis dan kami akan berpisah membawa haluan masing2.
Kebanyakan kawan2 saya pada waktu sekolah yang tidak dapat dihubungi kerana kehilangan no telefon mereka pada waktu kejadian hp saya hilang diasrama kolej.Saya terlampau rindu dengan kawan-kawan lama,ingin juga saya tahu bagaimanakah kehidupan mereka sekarang ni,belajar dimana ataupun kerja dimana tetapi apakan daya,masa memisahkan kami.Semuanya ditentukan oleh ALLAH S.W.T...
Saya redha dengan ketentuanNYA.Alhamdulillah sepanjang berada dikolej,saya mendapat ramai kawan baru yang sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan terhadap kawan skola lama.
Moga2 Allah dapat pertemukan saya dengan kawan2 lama samada disekolah menengah ataupun rendah..amin...sekian...wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment