Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
widgeo.net

Sunday, November 30, 2008

Sejarah & Salasilah Wali Sembilan

Wali Songo atau di dalam bahasa melayu di sebut wali sembilan adalah terkenal sebagai penyebar agama Islam di Tanah Jawa pada abad ke 17. Mereka tinggal di tiga wilayah besar iaitu di Jawa Timur, Jawa Tengah dan Jawa Barat. Mereka telah berjaya mengakhiri penguasaan agama Hindu-Buddha dalam budaya nusantara dan di gantikan dengan kebudayan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia khususnya di Tanah Jawa. Peranan mereka sangat besar di dalam kebudayaan masyarakat serta ajaran mereka telah mempengaruhi kebanyakan aspek hidup dari dunia kesenian dan persilatan. Oleh yang demikian, Wali sembilan ini lebih banyak disebut berbanding ulama-ulama lain di Tanah Nusantara ini.

Mereka juga merupakan pejuang di dalam kebebasan tanah Indonesia daripada genggaman belanda dan telah berjuang untuk menghapuskan kolonial di tanah air mereka. Mereka adalah:-

Sunan Gresik @ Maulana Malik Ibrahim

Maulana Malik Ibrahim wafat pada tahun 1419 bersamaan 882 hijrian adalah wali Allah yang pertama menyebarkan Islam Di Tanah Jawa. Nama penuh beliau ialah Malik Ibrahim Bin Syeikh Jamaluddin Akhbar khan Bin Ahmad Jalaludin Khan Bin Abdullah Khan Bin Abdul malik Muhajir (Nasrabad, India) Bin Alawi Ammil Faqih (Hadramaut) bin Muhammad Sohib Mirbath (Hadramaut) Bin Ali Kholi' Qosim Bin Alawi Ats-Tsani Bin Muhammad Sohis Saumiyah bin Alawi Awwal Bin Ubaidullah Bin Ahmad Muhajir Bin Isa Ar-Rumi Bin Muhammad An-Naqib Bin Ali Uraidhi Bin Ja'far As-Sadiq Bin Muhammad Al-Baqir Bin Ali Zainal Abidin Bin Imam Hussain Bin Ali Bin Abi Tholib dan Fatimah Az-zahra Bin Muhammad SAW.

Penyebaran Islam

Daerah yang di tujunya yang pertama ialah Desa Sembalo atau sekarang lebih di kenali sebagai Leran, Kecamatan Manyar iaitu 9 kilometer ke arah kota Gresik. Beliau terus mengembangkan ajaran Islam dan Masjid yang pertama didirikan beliau ialah di Daerah Manyar di sebuah desa yang bernama Pasucinan.

Beliau mendekati masyarakat melalui pergaulan yang amat baik, berbudi pekerti dan peramah. Beliau menentang keras agama dan kepercayaan hidup penduduk setempat tetapi dengan penuh hikmah. Oleh kerana Akhlak dan kesopanan beliau menyebabkan ramai penduduk setempat telah tertarik dan menerima Islam sebagai Agama Baru mereka.

Sebagai seorang pendakwah, Maulana Malik Ibrahim juga adalah seorang pedagang. Beliau berdagang di sebuah pelabuhan terbuka di Roomo, Manyar. Perdaganagn yang dilakukannya umpama menyelam sambil minum air. Sambil berdagang, Maulana Malik Ibrahim menyebarkan ajaran Islam sehinggalah beliau berjaya berjumpa dengan pembesar-pembesar Majapahit dan Raja.

Setelah berjaya membawa Islam kepada masyarakat, Maulana Ibrahim telah pergi berkunjung ke Ibukota Majapahit di Trowulan. Raja Majapahit enggan untuk memeluk Islam tetapi menerimanya dengan baik bahkan, memberikannya sebidang tanah di pinggiran Kota Gresik. Wilayah itulah sekarang di kenal dengan nama Gapura.

Demikianlah, dalam rangka mempersiapkan kekuatan untuk melanjutkan perjuangan menegakkan ajaran-ajaran Islam, Maulana Malik Ibrahim membuka pesantren-pesantren yang merupakan tempat mendidik pemuka agama Islam. Hingga saat ini makamnya masih diziarahi orang-orang yang menghargai usahanya menyebarkan agama Islam berabad-abad yang silam. Setiap malam Jumat Legi (kalendar Jawa), masyarakat setempat ramai berkunjung untuk berziarah. Ritual ziarah tahunan atau haul juga diadakan setiap tanggal 12 Rabi'ul Awwal, sesuai tanggal wafat beliau di makamnya. Pada acara haul biasa dilakukan khatam Al-Quran, maulud (pembacaan riwayat Nabi Muhammad), dan dihidangkan makanan khas yang di panggil bubur harisah untuk semua tetamu.

Lagenda Rakyat

Menurut satu sumber lisan, Maulana Malik Ibrahim berasal dari Parsi iaitu beliau adalah adik kepada Maulana Ishaq anak kepada Maulana Jumadil Kubro atau d kenali sebagai Syeikh Jumadil Kubro. Maulana Ishaq telah berjaya mengislamkan Samudera Pasai sekaligus ayah kepada Raden Paku atau Sunan Giri. Pada asalnya, Maulana Jumadil Kubro telah datang ketanah Nusantara bersama dengan kedua-dua anaknya ini. Kemudian mereka berpisah di mana Syeikh Jumadil Kubro tetap di Tanah Jawa dan Maulana Malik Ibrahim Ke Champa, Vietnam Selata. Adiknya Maulana Ishaq menetap di Samudera Pasai dan berjaya mengislamkan penduduk di sana.

Maulana Ibrahim tinggal di Champa selama 13 tahun dan Champa pada masa itu dikenali sebagai negeri Chermin. Di sana beliau telah menikahi Puteri Raja dan mempunyai dua orang putera iaitu Raden Rahmat @ Sunan Ampel dan Sayyid Ali Murtadha @ Raden Santri. Setelah cukup menjalankan misi dakwah belia, beliau bersama dua puteranya telah kembali ke Tanah Jawa dan mengembangkan Islam di sana.

Peranan Beliau di dalam masyarakat bukan hanya sekadar berdakwah. Pernah pada satu masa, ketika perang saudara sedang melanda dan krisis ekonomi yang amat parah, Maulana Malik Ibrahim telah datang kepada masyarakat dan mengajarkan mereka cara bercucuk tanam dan hasilnya tanaman itu mengeluarkan hasil yang berlipat kali ganda sekaligus beliau telah berjaya memenangi hati masyarakat.

Beliau juga adalah seorang Tabib yang mengubati penyakit penduduk di situ dengan bayaran percuma. Di riwayatkan pernah beliau di jemput untuk mengubati Isteri Seorang Raja yang berasal dari Champa dan mempunyai tali persaudaraan dengan Isterinya.

Kewafatan

Setelah hampir berpuluh tahun mengembang dan mengajarkan Islam, Maulana Malik Ibrahim telah di panggil Allah SWT pada tahun 1419 dan beliau di makamkan di Gapura Wetan, Gresik Jawa Timur.

Dimakamnya tertulis sebuah tulisan yang di tulis di dalam tulisan jawi berbunyi:-


Ini adalah makam almarhum seorang yang dapat diharapkan mendapat pengampunan Allah dan yang mengharapkan kepada rahmat Tuhannya Yang Maha Luhur, guru para pangeran dan sebagai tongkat sekalian para Sultan dan Wazir, siraman bagi kaum fakir dan miskin. Yang berbahagia dan syahid penguasa dan urusan agama: Malik Ibrahim yang terkenal dengan kebaikannya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ridha-Nya dan semoga menempatkannya di surga. Ia wafat pada hari Senin 12 Rabi'ul Awwal 822 Hijriah.

Saat ini, jalan yang menuju ke makam tersebut diberi nama Jalan Malik Ibrahim

Maulana Raden Rahmad @Sunan Ampel


Sunan Ampel atau nama sebenar beliau adalah Raden Rahmad, putera kepada Maulana Malik Ibrahim. Beliau lahir pada tahun 1401 di Champa kemboja.

Sunan Ampel datang ke Tanah Jawa untuk menjejaki ayahnya Maulana Malik Ibrahim dan Ibu Saudara Beliau yang bernama Dwarawati. Dwarawati adalah seorang puteri kerajaan Champa yang bernikah dengan Raja Majapahit iaitu Prabu Kertawijaya.

Sunan Ampel bernikah dengan Nyai Ageng Manila puteri Adipati Tuban yang bernama Arya Teja. Mereka di kurniakan 4 cahaya mata iaitu

  1. Puteri Nyai Ageng Maloka
  2. Maulana Makdum Ibrahim @ Sunan Bonang
  3. Maulana Syarifuddin @ Sunan Drajat
  4. Puteri Syarifat (Ibu kepada Sunan Kudus)

Pada Tahun 1479, Sunan Ampel mendirikan Mesjid Agung di Demak dan beliau wafat pada tahun 1481 dan di kebumikan di sebelah barat Masjid Ampel, Surabaya.

(Cerita mengenai sunan ampel akan di tambah dari masa ke semasa)

Sunan Bonang @ Raden Maulana Makhdum Ibrahim

Sunan Bonang merupakan putera kepada sunan Ampel iaitu anak kedua daripada 4orang aik beradik dan ibunya bernama Nyai Ageng Manila. Bonang adalah sebuah desa di Kabupaten Jepara.

Sebagai pendakwah, Sunan Bonang berdakwah dengan menggunakan hasil seni beliau. Beliau banyak mengubah sastera berbentuk suluk seperti suluk WIJIL yang di pengaruhi Kitab yang di tulis oleh Abu Said Al-Khayar. Beliau juga mengubah sebuah lagu bertajuk Tamba Ati (Penyembuhan jiwa) yang di katakan kini sering di nyayikan oleh masyarakat setempat.

Kehebatan di dalam Ilmu Kebatinan

Beliau merupakan seorang Hamba yang diberikan kepada Allah mengenai rahsia-rahsianya. Sebagai salah satu alat dakwah, Sunan Bonang mengajar masyarakat setempat dengan dzikir-dzikir yang digabungkan dengan keseimbangan nafas yang di sebut sebagai rahsia ALif, Lam, Mim (hanya Allah yang mengetahui maksudnya). Beliau mencipta jurus-jurus permainan silat yang berasal daripada huruf Hijaiyyah daripada Alif hingga Ya.

Beliau menciptakan jurus - jurus tersebut dengan bertujuan sebagai alat untuk anak-anak mudamenghafal huruf-huruf tersebut dan secara tidak langsung mudah untuk mereka membaca Al-Quran. Sunan Bonang juga mengajar anak-anak muridnya melakukan Solat dan Dzikir untuk meningkatkan Ilmu. Sebenarnya beliau mengajar mereka untuk mendekatkan diri mereka kepada pencipta.



P/S :cerita dan kisah wali songo ini akan ditambah dari masa kesemasa



RUJUKAN

http://www.gayongmaarifat.org/v3-1/index.php/sejarah-a-salasilah-wali-sembilan.html

No comments: