Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
widgeo.net

Sunday, August 10, 2008

kelebihan alquran

1.Allah berfirman sebagaimana dalam Surah al-Isra ayat 9:

'Sesungguh al-Quran ini menunjuk kepada jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amalan soleh bahawa bagi mereka ganjaran yang besar.

2.Rasulullah S.A.W bersabda riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah r.a. :

'Tidak terdapat mana-mana Nabi dari kalangan Anbiya kecuali diberi kepadanya mukjizat yang mana dengannya boleh menjadikan manusia beriman dan sesungguhnya yang diberi kepadaku ialah wahyu yang diwahyukan oleh Allah kepadaku.Oleh itu,aku berharap semoga akulah orang yang paling banyak pengikut di Hari Kiamat.

3.Rasulullah S.A.W bersabda riwayat Bukhari dan Abu al-Hussein Muslim:

Orang yang membaca Quran, sedangkan dia mahir dengannya adalah dia bersama utusan (penulis) yang terdiri dari Malaikat yang mulia dan patuh. Dan orang yang membaca Quran sedangkan dia tergagap-gagap dan sukar,maka baginya dua pahala.

4.Rasulullah S.A.W bersabda daripada Abdullah b Mas'ud r.a. :

'Yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran maka baginya satu kebaikan dan satu itu bersamanya sepuluh, aku tidak mengatakan alif lam min itu satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf.

5.Diriwayatkan oleh ad Darimi dari Abdullah b Mas'ud r.a, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

'Bacalah al-Quran, Sesungguhnya Allah tidak mengazab hati yang menyimpan (hafal) Al-Quran dan sesungguhnya al-Quran itu hidangan Allah,maka sesiapa masuk padanya, maka dia mendapat keamanan dan sesiapa kasihkan al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita yang baik)

6.Sebuah hadis Nabi S.A.W diriwayatkan oleh Ibn Amir:

'Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari Kiamat, puasa berkata,Ya Tuhan,aku menghalanginya dari makan dan syahwatnya disiang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat kepadanya. Al-Quran berkata, aku telah menghalanginya dari tidur malam, perkenankanlah aku memberi syafaat kepadanya, maka kedua-dua permohonan itu diterima.

7.Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar:

'Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air. Seorang bertanya, apakah cara bagi menjadikan hari bersinar semula? Maka Rasulullah S.A.W bersabda, selalulah ingatkan mati dan membaca al-Quran.

8.Kata ABu Umamah al Bahili r.a, aku dengar Nabi S.A.W bersabda :

'Bacalah al-Quran, sesungguhnya dia akan datang pada hari Kiamat bagi memberi syafaat kepada pembacanya.

No comments: