Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
widgeo.net

Wednesday, April 20, 2016

In The Deep Of The Ocean


In the deep of the ocean

In the deep of the ocean,
There have a lot of mystery,
A lot of story through the sea..

In the deep of the ocean,
Its hard to reach to the bottom,
Coz there have too many obstacle inside it..

In the deep of the ocean,
A mystery once would be revealed,
Pieces by pieces,
Like reading a books until the last chapter..

In the deep of the ocean,
Finally surface of the bottom had been seen,
Just wait for the moment to reach it,
Although the obstacles is very hard to going through it,
By passion,by patient seems the obstacle is nothing..

In the deep of the ocean,
Soon it will reach to the ending line..
And the story will be completed..
Alhamdulillah..

~Mat Lanai~
16.4.2016

Lalang oh Lalang


Lalang oh Lalang

Kesian sungguh dirimu

Dituduh,ditohmah pelbagai2..

Dirimu hanya dilihat diatas saja..

Tetapi tidak dilihat dibawah..

Iaitu akarmu yang mengcengkam tanah..

Dgn akarmu

Dirimu tetap disatu tempat..

Walaupun badanmu ditolak kiri dan kanan..

Lalang oh lalang...

(Sumber Gambar :Google image)

Sunday, April 3, 2016

SEMUA TAHU

Semua tahu Hati akan banyak dugaan dan ujian, Semua tahu Kena lalui dengan sabar dan redho, Tetapi Setiap ujian dan dugaan setiap manusia berbeza, Pelbagai jenis dan keadaan, Rasa sama tapi pemahaman berbeza, Aku sabar kau sabar, Aku redho kau redho, Semuanya akan jadi sempurna Jika meletakkanNYA sebagai wakil Dalam segala perkara

Saturday, April 2, 2016

Oh Diri..

oh diri.. dalam jalan persiap diri, banyak dugaan sana sini, silap jalan bahaya diri, perlukan guru kesana kesini.. oh diri.. selalu berkata ubah diri, sampai sekaran baru sejemput, sebabnya Sil Khannaz kuasai diri, sampai bila bila dok semput semput.. oh diri.. guru berkata ada caranya, untuk kejalan persiap diri, selalukan banyak ingatiNYA, letak kekasihNYA didalam diri.. oh diri.. hajat dihati persiap diri, perlu semangat waja diri, perlu juga komitmen diri, kalau tidak merana diri..

cara susunan bagpack

Cara susunan bagpack (Dari newbie kepada newbie) Ni aku kongsikan beberapa gambaq cara susun bagpack..sesuai untuk aktiviti lasak seperti hiking,camping,trekking, Boleh juga digunakan untuk apa-apa jenis aktiviti.. Sumber aku dapat dari : 1.sahabat2 hiking 2.google Adalah digalakkan berjumpa depan2 dgn otai untuk belajaq..barula syahduu..snng masuk..gambaq hny rujukan saja kalau lupa.. Sekian.. Rasa hati nak ke yan, Singgah sebantar di kuala kangsar, Jumpa lagi minggu depan, Atas puncak atau dekat pasar๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Ada dan Setiap masa

Ada masa perlu serius, Ada masa perlu melawak, Setiap masa kena ikut resmi padi, Setiap masa kena ada kasih sayang, Setiap masa kena ada hormati yang lain, Setiap masa kena sangkaan baik, Setiap masa kena belajar dan terus belajar, Setiap masa perlu jadi "nerd", Masa, Ada yang ada dan ada yang setiap, Ada yang hanya ada masa, Ada yang hanya ada setiap, Asam garam perlakuan manusia, Jika diterima dengan pintu rumah terbuka, Akan senantiasa senyum terang hingga kegelap.. Matlanai

proses kemaskini keseluruhan blog 2016

assalamuaaikum, setelah beberapa tahun blog tidak dapat diakses atas masalah-masalah tertentu,alhamdulillah kini telah berjaya dibuka semula setelah beberapa kali percubaan.. aku dalam proses nak mengemaskini blog aku dan seiranya para pembaca nampak kekurangan,maka maafkanlah aku,aku cuba buat sehabes baik supaya pelawat blog aku senang untuk melayari kandungan-kandungan blog.. maaf atas segala ralat.. sekian terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa berbanding blog orang lain..

Tuesday, December 25, 2012

Moga Bahagia Antara Kau dan Dia

moga bahagia antara kau dan dia bahagianya didalam dunia, bahagia juga di akhirat sana, 1 pesanan jangan alpa, bykkan ingat DIA daripada dia, kelak kau lebih bahagia, kerna DIA tahu segala galanya, moga bahagia antara kau dan dia selalulah berwaspada tatkala bersemuka, ia kerana ada sebabnya, selagi tiada terikat selagi itu berwaspada, sentiasa penuhkan ilmu didada, moga bahagia antara kau dan dia apajua perkara rujuklah guru,ibu dan bapa, kerna mereka peneman setia, tidak letih memberi rasa, tidak letih menanggung rasa, moga bahagia antara kau dan dia sekilas pandangan diakhir kata, dekati DIA jauhi bahaya, dekati DIA jangan kerna inginkan dia, dekati DIA ikhlas semata, dekati DIA bahagia selamanya, dekati DIA kau kesyurga, =matlanai

Saturday, July 23, 2011

RASA ITU ADALAH RAHSIA

RASA ITU ADALAH RAHSIA,
RAHSIA ITU ADALAH RASA,
BAGI SESIAPA YANG TAHU APA ITU RASA,
TIDAKLAH MENJADI BAGINYA SATU RAHSIA,

MENCARI RASA PERLUKAN MASA,
PERLUKAN JUGA GURU PE-RASA,
KALAU TIADA GURU MENCARI RASA,
MAKA IBLISLAH GURU PENGGANTI RASA,

APAKAH SEBENARNYA ITU RASA,
KENALAH BERJUMPA PADA YANG AHLINYA,
JIKA BERJUMPA BUKAN AHLINYA,
SAMPAI KEKUBUR TIADA BERJUMPA.

Friday, March 4, 2011

AMAR MUNKAR NAHI MA'RUF

Tayar motor,Tayar kereta semua berbentuk bulat,bagaimana kalau berbentuk segitiga??
manusia,haiwan berjalan gunakan kaki,bagaimana kalau manusia berjalan menggunakan tangan?haiwan gunakan kepala??

kadang kadang aku tengok perkara semula jadi tidak boleh diubah,memang betul ia tidak diubah,tetapi bagaimana kalau manusia yang dianugerahkan ALLAH "AKAL FIKIRAN" mengubahnya??terutama dari segi "ARAHAN" yang diberi ALLAH iaitu amar ma'ruf nahi munkar,ya manusia boleh mengubahnya,apa sebab yang membuatkan manusia sanggup melakukan semua ini??

Tak perlu peningkan kepala ,perkara ini "simple",apabila manusia dipengaruhi oleh PANGKAT,KUASA,DUIT dan tidak meletakkan alquran,hadis sohih,ijma' ulama sebagai rujukan utama,semua benda ini akan terjadi.

Contoh apa yang aku cakap ni tak perlu dilihat jauh-jauh sampai keserang sungai,seberang tasik atau seberang dunia. Contoh terdekat di Malaysia,dari pangkat atasan hinggalah kebawah,boleh dilihat.

Dari sebab itulah manusia hanya membiarkan maksiat didepan mata berlaku tanpa ada inisiatif untuk banterasnya,ia sama seperti membenarkan ia berlaku,dan menyokong perkara ini terus menerus terjadi di malaysia yang kononnya negara islam sampai pak syikh "barrack obama" yang iktiraf malaysia sebagai negara islam.

Apabila alquran tidak dijadikan pegangan,akan terjadilah satu kesukaran,kepayahan,untuk melaksakan kebaikan walau sebesar biji zarah,sebesar kuman antrax dan kalau adapun semestinya untuk mendapat pujian,mendapat "title" ustaz,TANPA ada setitik KEIKHLASAN didalam sanubari.

Itu juga terjadi kepada golongan-golongan "ugama" yang menjalankan misi dakwah,pelbagai tohmahan,hinaan malah ada yang dibunuh seperti kes assyahid almarhum ustaz ibrahim Libya,semua berpunca kepada satu perkara,ALquran,Hadis sohih,ijma' ulama TIDAK dijadikan panduan utama.

Perkataan AMAR MUNKAR NAHI' MA'RUF akan terus menerus terjadi sekiranya hati tidak kepada alquran,iman senipis nipisnya,ulama dipinggirkan,hadis sohih tidak dipedulikan hingga ke akhir zaman,satu perkara,tak kan nak tunggu IMAM MAHDI sampai baru nak elok..Sekaranglah masanya patut berubah,ajak rakan-rakan,saudara,keluarga dan jika semua tak mahu,mulakan dengan DIRI SENDIRI!!..

Akhirul kalam,bak kata syeikh Zainal Abidin Sintok:

"Maka,sertai lah,....
dalam jemaah suci termulia...
yang berasaskan kalimah Tauhid,
dalam mubai'ah syahadah spt yg di laksanakan Rasulullah...
bersatu bersama murabbi yang mewarisi bendera dan panji2...
berikrar untuk menjadi murid dan pengikut setia...
sehingga berhimpun dan berkumpul...
Sebuah Empayar Islam di akhir zaman"

macam mana nak tahu??kembali kepada golongan "ugama" yang dipinggirkan dan merujuklah

wassalam,apa yang baik hanya dari allah dan yan buruk datang dari diri aku sendiri

Monday, January 24, 2011

Bantuan di perlukan ! Kasihani adik ini







Sekadar berkongsi penderitaan adik Muhamad Hairuman Bin Miskan yang terkena renjatan elektrik. Semoga Allah menyenangkan segala urusan adik yang malang ni dan di harap korang sudi la hulurkan bantuan untuk membantu adik ni. Berikut adalah SMS yang telah di hantar oleh kakak mangsa kepada aku tentang apa yang terjadi pada adiknya. Aku try tanya apa yang terjadi, nak kan kepastian sama ada betul atau tidak kisah yang menimpa adik dia ni. Wallahualam. gambar dan list of conversation aku dgn akak tu ada kat bawah ni.


Read from: http://biaqpila.blogspot.com/2011/01/bantuan-di-perlukan-kasihani-adik-ini.html#ixzz1BwUi1Xnq

Aku : “Salam. Ni no tepon puan Maryuni ke?”


Puan Maryuni: “Salam. Boleh tanya, sape ye kat sana?”


Aku: “Saya... saya ada terbaca kisah adik akak yg melecur teruk tu. Boleh saya tahu bila benda tu berlaku dan berapa jumlah yang diperlukan untuk surgey. Saya nak tolong sebarkan untuk bantuan.”


Puan Maryuni: “Adik kena renjatan sub station TNB bervoltan tinggi pd 26.11.10, kiranya dah sebulan lebih. Surgey nursing care banyak diperlukan dalam keadaan kritikal sekarang ni. Lebih kurang 14 ribu sebulan. Kalau dah stabil nanti mungkin kuranglah sikit. Sekarang kritikal lagi. Doctor mendesak nak potong kedua-dua tangannya sampai bawah lengan. Akak tarik masa ikhtiar dulu, adik akak muda lagi baru nak masuk 22 tahun, takkan nak kudung tangan.”


Aku: “Yela kak. Kita ikhtiar apa yang patut. Semoga Allah dapat meringankan beban akak. Boleh bagi no akaun bank akak? Saya nak post pasal kisah adik akak di blog dan Facebook saya. “


Puan Maryuni: “Terima kasih aats keperihatinan saudara. Semoga Allah memberikan rahmat pada kita semua. No akaun akak Maybank. Maryuni bt Miskon 1620 3063 2448.”


Aku: “InsyaAllah. kak. Confirm ke no akaun yang akak bagi ni coz ada insan yang mahu menderma mengatakan yg no akaun akak tak dapat nak transfer. Cuba akak check semula.”


Puan Maryuni: “Betul. Tu no akaun akak. MBB 1620 3063 2448. Mungkin masalah teknikal kat maybank2u kot.”


Aku: "Okay la kalau camtu. Kak boleh saya tahu, macam mana adik akak kena renjatan kat sub station TNB? bukan ke tu kawasan larangan?”


Puan Maryuni: “Nanti saudara tulislah minta yang baca tulisan saudara agar dapat doakan adik saya. Manalah tau berkat doa orang ramai, ada keajaiban agar dua-dua tgn adik saya tak jadi dipotong. Dan cepat sembuh seluruh badannya seperti sediakala.”


Aku: "InsyaAllah kak. Tapi boleh akak bagitahu cerita yang sebenar? Sebab melalui apa yang saya baca kat internet, adik akak kena renjatan dari high powered cable yang tiba-tiba jatuh menghempap adik akak. Tapi akak cakap adik akak kena renjatan kat sub station TNB.”


Puan Maryuni: “Kabel TNB tu merentangi kawasan kebun sawit dan kawasan kampung. Kabel tu dah berpuluh tahun tapi TNB tak balut pun dengan penebat. Adik akak tolong kawannya bersihkan kebun sawit pakcik kawannya. Kabel tu melendut kat celah-celah pokok pisang dan sawit. Pagi tu cuaca basah, sebab malam sebelum kejadian tu hujan. Tiba-tiba adik saya kena renjatan. Baju hangus terbakar.”


Aku: “Oo... Yeke? InsyaAllah saya cuba bantu mana yang terdaya. Bantuan yang akak perlukan berjumlah 14 ribu je ke? Atau lebih dari tu?”


Puan Maryuni: “14 ribu untuk sebulan untuk nursing care. Untuk dressing dia setiap hari bermula dari suppliment sampailah pampers dia, berlarutan sampai dia melepasi keadaan kritikal, mungkin setahun dia terlantar.”


Aku: "Oh. ok. Boleh mintak no telefon doktor merawat dia tak?”


Puan Maryuni: “3000 kW kabel tu. Kes org lain yang kena, meninggal. Tapi Alhamdulillah adik akak selamat sebab dia tak kait wayar tu sebaliknya galah stainless steel tu tercecah pelepah sawit yang duduk atas wayar. Tak kena direct.”


Aku: “Oo.... ok. Nanti saya cuba bantu mana yang terdaya ok. Akak bersabar laa dengan dugaan yang Allah berikan ni.”


Puan Maryuni: “Nanti akak tanyakan. Yang merawat ramai. Hospital kerajaan, mana nak bagi no peribadi.”


Aku: “Semoga Allah meringankan beban yang akak tanggung dan ada pihak yang sudi meringankan penderitaan akak. InsyaAllah.”


Puan Maryuni: “InsyaAllah. Segala ehsan dan sokongan akan memberi kehidupan dan harapan baru kepada Hairuman sekeluarga. Sekiranya dapat saudara beri alamat email untuk kami kirimkan maklumat.”


Aku: "Akak boleh kirimkan segala maklumat ke email saya. Dan kalau boleh, bagi gambar adik akak yang latest.”


Puan Maryuni: “Okay. Dah ada masa lapang akak hantarkan. Thank you”


Aku: “OK. Sama-sama. Kita saudara se Islam. Saya bantu mana yang terdaya.”


Puan Maryuni: “Alhamdulillah.”




Lastest SMS yang aku hantar kat akak tu tadi pukul 12.40.


Aku: “Kak boleh saya tahu, kenapa akak tak report je kt TNB dan buat report polis? Kes serius ni.”


Puan Maryuni: “Report polis dah buat pada 26.11.10, hari kejadian. Polis pun ada tengok lokasi kejadian. TNB pun begitu. Tapi tak ada respon lagi.”




Itu saja la yang aku borak dengan akak tu. Akak kepada mangsa renjatan kabel elektrik TNB. Meh tengok lagi gambar-gambar adik Hairuman ni.




Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/01/bantuan-di-perlukan-kasihani-adik-ini.html#ixzz1BwUpWcji

Korang boleh menderma seikhlas hati ke:
No acc Maybank Puan Maryuni bt Miskon

1620 3063 2448

No acc CIMB Puan Maryuni bt Miskon

1257 0000 2035 29



No telepon Puan Maryuni, 018- 3807867




Alamat Puan Maryuni,


No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.




Semoga Allah membantu meringankan penderitaan adik Hairuman. Tolong sebar dan derma laa seikhlas hati. Kalau RM14,000 sebulan diperlukan untuk merawat adik Hairuman ni, anggaran dalam RM170,000 diperlukan dalam setahun untuk memastikan adik Hairuman pulih seperti sedia kala.


Itu tidak termasuk perbelanjaan untuk kegunaan harian. Dan itu cuma anggaran treatment cost adik Hairuman, kemungkinan memerlukan lebih dari jumlah tu.




Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/01/bantuan-di-perlukan-kasihani-adik-ini.html#ixzz1BwVpou4w

Sunday, December 19, 2010

cinta dia atau DIA???? (part 1)

Sudah terang lagi bersuluh,menerangi kegelapan malam..apa yang indah??apa yang cantik??apa yang terang lagi menerangi??
itu yang terfikir dalam lubuk sanubari aku tentang kehidupan yang beribu bahkan berjuta dugaan yang datang setiap masa..

Dikedai makan,Di dalam bilik,Diatas motor aku tertanya-tanya apa yang dikatakan cinta yang hakiki,adakah keatas manusia?? aku penipu kalau mengatakan aku tiada perasaan ini,cuma aku tak mahu menjadi seperti sesetangah manusia yang menyalah gunakan perasaan yang dikurniakan DIA pencipta kehidupan ini.

Pengertian cinta itu sebenarnya amat besar,bukan hanya didalam konteks perasaan,ianya melibatkan hati,fikiran dan tingkah laku,sayang seribu kali sayang kerana pengertian ini disalah gunakan dalam erti kata hanya keatas manusia dan amat jarang sekali keatas YA RAHMAN YA RAHIM..

Kadang kala aku berjalan berseorangan di Central Market,Mid Valley dan berbagai tempat kalau disenaraikan agak tergeliat jari aku nak menaip,aku tengok,aku lihat,aku pandang dan ada yang aku senyum,ada yang aku sedih dan ada yang aku ketawa terbahak-bahak melihat karenah manusia,bukan hendak mengatakan aku baik,aku "ALIM",aku hanya berjalan sambil melihat karenah ragam manusia lebih lagi umat islam yang MENGAKU ISLAM.

Banyak manusia yang memilih untuk dia dan bukan DIA,kenapa??mengapa??kalau dalam loghat utara awat??aku fikir,aku renung,kenapa ini terjadi,kenapa ini berlaku,dan aku tersenyum dan ketawa atas diri sendiri,"mat,hang dah ada jawapan mat",aku jawab persoalan yang aku sendiri bangkitkan.."kalau memilih dia tak kekal mat,TETAPI jikalau memilih dia bersandarkan DIA akan kekal dengan izin DIA mat",aku jawab soalan aku sendiri..

Bila difikirkan,aku pening,aku resah,bak kata kawan aku,"boleh masuk wad tuu".
Arghh aku tak mahu fikirkan perkara yang bukan utama bagi aku buat masa ni,tetapi suatu hari nanti aku kena fikirkan dan buat masa ni bak pesanan seorang ustaz yang aku jumpa di DUSUN TUA,setiap kehidupan berlandaskan mencari keredhaanNYA,fikir berlandaskan iman,islam dan ehsan,buat masa ini aku akan pilih cintakan DIA sampai bila-bila dan bila aku nak pilih cinta dia,aku nak pastikan berlandaskan DIA YA RAHMAN YA RAHIM..

sekian buat masa ni

(BERSAMBUNGDI MAsA AKAN DATANG)

p/s:teringin nak buat novelagar dapat jadi satu wadah menyedarkan remaja islam TIANG AGAMA

Thursday, November 4, 2010

PETUA TRADISIONAL UNTUK BATU KARANG

Diajar kepada saya oleh seorang hamba allah yang memang pakar perubatan tradisional akar2,daun2

caranya adalah

1:SEDIAKAN LOBAK PUTIH CINA YANG SAIZNYA SAMA DENGAN CARROT,LOBAK PUTIH JANGAN TERLALU BESAR ATAU KECIL,PASTIKAN SAMA DENGAN SAIZ CARROT MERAH

2:JANGAN SESEKALI BLENDER,GUNAKAN TEMPAT PARUT KELAPA,KIKIS LOBAK SUPAYA MENJADI SEPERTI KELAPA YANG DIPARUT

3:PERAH LOBAK PUTIH YANG DIKIKIS GUNA PARUT KELAPA TADI,LALU AIR KELUAR DARI PERAHAN LOBAK PUTIH TADI DIMINUM (SEELOKNYA DIDAHULUI DENGAN SELAWAT,ALFATIHAH)

4:TERPULANG NAK MINUM BERAPA KALI,TIADA KESAN SAMPINGAN KERANA TIADA CAMPURAN BAHAN KIMIA,SAY CADANGKAN TIGA KALI SEHARI

APAPUN KITA BERUSAHA SAMBIL DISERTAI DOA KEPADA ALLAH AGAR DISEMBUHKAN PENYAKIT..

SEKIAN

Wednesday, September 22, 2010

FIKIR DAN RASA

fikir oh fikir
bila dibiarkan berfikir maka berfikirlah,jika tidak berfikir maka jadi tak waras,perlu berfikir kerana itu keperluan,tetapi berfikir dengan sederhana,tidak terlampau lebih,tidak terlampau kurang..

aduhai,fikir menjadi fikir,tetap akan menjadi fikir,fikir satu perkara waras bukan fikir perkara tidak waras

rasa oh rasa
menipu jika tidak tahu merasa cuma cara dan pelaksanaan berlainan,apa itu rasa apa itu merasa,tepuk dada tanya kepada ahlinya,

bila tidak merasa tak sempurna,dan bila merasa ditakuti tersalah merasa,seronok gembira,takut,semua rasa
sedapnya nasi lemak,manisnya air,itupun rasa..
rasa gembira dan rasa manis air berbeza tetapi yang sama adalah rasa dan itulah hakikatnya..

wassalam

Saturday, September 18, 2010

ALFATIHAH

Assalamualaikum,
untuk pengetahuan SEMUA LEPASAN SAMT KKB sekalian,
Ustaz Alias telah kembali ke rahmatullah tengah hari tadi, bersamaan hari Jumaat, 17 september 2010. Mari bersama kita hadiahkan untuk tenaga didik yang banyak berjasa ini dengan surah alFatihah. Semoga Ustazah Ngafiah dan keluarga tabah. Bagi yang ingin berziarah takziah ke rumah arwah, ini alamatnya No.16, Taman Teratai, Kuala Kubu Bharu.

Monday, January 25, 2010

cybertrooper oh cybertrooper......

assalamualaikum,
maaf lama tidak menulis..
kini aku cerita satu perkara yang aku nak kongsi mengenai "sebilangan" manusia di MALAYSIA

Cybertrooper disini maksud aku adalah upahan sesetengah pihak untuk kepentingan pihak itu...
Aku ikutkan tidak peduli dengan golongan mereka tetapi aku kesal dengan sifat mereka..
Mana tidaknya,kebanyakan mereka yang aku nampak dan lihat selama bertahun-tahun ini sanggup keluarkan apa-apa kenyataan sekalipun tidak berasas,tiada bukti,dan sanggup melanggar syariat islam...
"Puak2" ini sanggup menghina ulama-ulama demi kepentingan mereka untuk mempertahankan "PIHAK" yang bersekongkol hinggakan terkeluar ayat "da nak mati dah" terhadap ulama yang sepatutnya dihormati..diikutkan hati aku yang kadang-kadang baran ni,nak juga aku maki,kalau terjumpa nak sumbat kepala mereka dekat longkang,tetapi apa yang aku dapat kalau buat bagitu???puas???sepanjang aku belajar agama,islam tidak mengajar umatnya begitu,apa yang aku mampu buat sekarang ini hanyalah mendoakan mereka agar diberi hidayahNYA dan menulis diblog aku untuk lepaskan "GERAM" dekat puak-puak ini.
Akhir Kata,"Sapa makan cili dia terasa pedasnya"..marilah kita sama-sama mendoakan agar golongan mereka ni diberi petunjuk dan hidayah dariNYA..amin
wassalam

Tuesday, December 1, 2009

Sang Pencari

Aku Sang Pencari..

Sedang mencari apa yang dicari...
Hatiku puas bila mencari...
bila dijumpai apa yang dicari...

Aku Sang Pencari..

masih sedang merangkak untuk mencari...
umpama budak baru nak berlari...

Aku Sang Pencari..

tertanya-tanya dalam hati ini...
apa yang sebenarnya dicari...

Aku Sang Pencari...

mohon doa kepada ilahi...
moga diberikanNYA ketenangan hidup ini..

mat lanai

Saturday, October 17, 2009

ISLAM DAN SILAT SATU RUNGKAIAN






Seringkali kita terdengar silat dikaitkan dengan perkara-perkara khurafat didalam amalannya dan sering juga kita terdengar,melihat dan mengetahui yang islam kini ditindas

Apa kaitannya??

Apa yang saya cuba rungkaikan adalah perkaitan silat dengan perkara-perkara khurafat didalam amalannya samalah seperti satu batang lidi warna biru dicelahan 10 batang lidi berwarna kuning..kadang-kadang bagi sesetengah orang yang didalam fikirannya hanya dengar dari mulut orang terus mengatakan silat semuanya khurafat sedangkan mulut sedap menuduh tetapi kajian dan cara methodologinya salah,orang seperti inilah yang sedikit sebanyak menjatuhkan martabat silat sekaligus boleh menghilangkan warisan silat akibat "penangannya",tidak dinafikan "mungkin" betul kata-katanya tetapi secara BENARNYA tidak semua silat yang khurafat,seperti kalau hendak minum air milo kena juga berwaspada dengan melihat didalam cawan samada terdapat benda asing didalamnya seperti lalat,dan lain-lain.

Ini juga termasuk didalam rungkaian kedua,konsepnya agak serupa iaitu mengenai islam atau secara halusnya orang islamnya kini ditindas,kalau hendak dirungkai apa sebabnya terjadi sebegini bermakna panjanglah rungkaian ini tetapi saya ambil satu cabangnya iaitu pertahan diri,umat islam kurang ilmu pertahan diri dan digalakkan mempelajari seni mempertahankan diri bagi menghadapi apa jua keadaan.



Didalam memilih apa benda yang hendak dibelajarnya haruslah penelitiannya agar tidak lari dari landasan yang ditetapkan agama islam.Kalau hendak pergi ke Pulau Penang melalui "highway" kerana ada urusan penting,maka teruskanlah perjalanan,janganlah menyimpang ke Perak dan selain dari Pulau Penang.

Kesimpulannya islam dan silat mempunyai kaitan yang sangat rapat kerana silat termasuk didalam salah satu seni mempertahankan diri

sekian sahaj pendapat peribadi saya ini,segala yang baik daripada ALLAH dan yang buruk dari diri saya sendiri.

Sunday, August 2, 2009

ISA??? Relevan atau tidak???








Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

Perkara yang menjadi persoalannya sekarang,adakah akta ISA masih relevan dan boleh diguna pakai pada waktu ini??setelah apa yang dibuat atau lebih terperinci "DISALAHGUNA"..memisahkan hubungan kekeluargaaan seperti Suhaila,istei salah seorang tahanan ISA yang sedang memperjuangkan Gerakan Mansuhkan Isa (GMI),beliau dipisahkan oleh suaminya selama lebih kurang 8 tahun,malah lebih kejam lagi,suaminya (maaf saya lupa nama)kematian ibonda tercinta dan hanya mendapat pelepasan untuk melawat jenazah ibunya dalam masa yang sangat singkat,masih perlukah ISA dinegara MALAYSIA ini???



Tanggal 1/8/2009,telah diadakan satu perhimpunan secara besar-besaran untuk menyeru kepada kerajaan supaya Akta ISA dimansuhkan,bertempat di Pusat membeli belah SOGO,Masjid Negara,Masjid Jamek,Pasar seni dll. Tetapi suara rakyat bukannya dibalas dengan layanan mesra,malah dilayang dengan cara yang lebih mesra iaitu tembakan "BOM ASAP" yang amat memedihkan mata bila terkena asapnya walaupun berada didalam jarak yang agak jauh,apatah lagi bila berada pada jarak yang dekat.

Saya berkesempatan untuk menyertai perhimpunan ini tetapi agak terlewat sikit sampai ketempat lokasi perhimpunan,baru sahaja sampai di Pasar Seni,jalan untuk menuju keMasjid Negara telah ditutup oleh "PAK TURUT" kerajaan. Sempatlah juga saya mengambil gambar sedikit sebanyak suasana keadaan. Ada satu perkara yang membuatkan saya agak terharu,budak kecil sekitar umurnya linkungan 3-4 tahun turut terkena penangan "ASAP POWER" ini,dan perkara lain kesanggupan golongan tua yang telah kita semua tahu kudratnya kurang TETAPI menyertai juga perhimpunan MANSUHKAN ISA ini.



Akhir kata,segala yang baik daripada ALLAH dan yang buruk daripada diri saya sendiri,saya lampirkan sedikit sebanyak gambar yang saya ambil sewaktu perhimpunan dan dari internet beserta video yang diambil dari laman Youtube untuk menunjukkan kepada para pembaca tentang semangat,perit derita,pahit maung rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan ini supaya Akta ISA dimansuhkan.
sekian...