Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
widgeo.net

Sunday, December 19, 2010

cinta dia atau DIA???? (part 1)

Sudah terang lagi bersuluh,menerangi kegelapan malam..apa yang indah??apa yang cantik??apa yang terang lagi menerangi??
itu yang terfikir dalam lubuk sanubari aku tentang kehidupan yang beribu bahkan berjuta dugaan yang datang setiap masa..

Dikedai makan,Di dalam bilik,Diatas motor aku tertanya-tanya apa yang dikatakan cinta yang hakiki,adakah keatas manusia?? aku penipu kalau mengatakan aku tiada perasaan ini,cuma aku tak mahu menjadi seperti sesetangah manusia yang menyalah gunakan perasaan yang dikurniakan DIA pencipta kehidupan ini.

Pengertian cinta itu sebenarnya amat besar,bukan hanya didalam konteks perasaan,ianya melibatkan hati,fikiran dan tingkah laku,sayang seribu kali sayang kerana pengertian ini disalah gunakan dalam erti kata hanya keatas manusia dan amat jarang sekali keatas YA RAHMAN YA RAHIM..

Kadang kala aku berjalan berseorangan di Central Market,Mid Valley dan berbagai tempat kalau disenaraikan agak tergeliat jari aku nak menaip,aku tengok,aku lihat,aku pandang dan ada yang aku senyum,ada yang aku sedih dan ada yang aku ketawa terbahak-bahak melihat karenah manusia,bukan hendak mengatakan aku baik,aku "ALIM",aku hanya berjalan sambil melihat karenah ragam manusia lebih lagi umat islam yang MENGAKU ISLAM.

Banyak manusia yang memilih untuk dia dan bukan DIA,kenapa??mengapa??kalau dalam loghat utara awat??aku fikir,aku renung,kenapa ini terjadi,kenapa ini berlaku,dan aku tersenyum dan ketawa atas diri sendiri,"mat,hang dah ada jawapan mat",aku jawab persoalan yang aku sendiri bangkitkan.."kalau memilih dia tak kekal mat,TETAPI jikalau memilih dia bersandarkan DIA akan kekal dengan izin DIA mat",aku jawab soalan aku sendiri..

Bila difikirkan,aku pening,aku resah,bak kata kawan aku,"boleh masuk wad tuu".
Arghh aku tak mahu fikirkan perkara yang bukan utama bagi aku buat masa ni,tetapi suatu hari nanti aku kena fikirkan dan buat masa ni bak pesanan seorang ustaz yang aku jumpa di DUSUN TUA,setiap kehidupan berlandaskan mencari keredhaanNYA,fikir berlandaskan iman,islam dan ehsan,buat masa ini aku akan pilih cintakan DIA sampai bila-bila dan bila aku nak pilih cinta dia,aku nak pastikan berlandaskan DIA YA RAHMAN YA RAHIM..

sekian buat masa ni

(BERSAMBUNGDI MAsA AKAN DATANG)

p/s:teringin nak buat novelagar dapat jadi satu wadah menyedarkan remaja islam TIANG AGAMA