Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
widgeo.net

Friday, March 4, 2011

AMAR MUNKAR NAHI MA'RUF

Tayar motor,Tayar kereta semua berbentuk bulat,bagaimana kalau berbentuk segitiga??
manusia,haiwan berjalan gunakan kaki,bagaimana kalau manusia berjalan menggunakan tangan?haiwan gunakan kepala??

kadang kadang aku tengok perkara semula jadi tidak boleh diubah,memang betul ia tidak diubah,tetapi bagaimana kalau manusia yang dianugerahkan ALLAH "AKAL FIKIRAN" mengubahnya??terutama dari segi "ARAHAN" yang diberi ALLAH iaitu amar ma'ruf nahi munkar,ya manusia boleh mengubahnya,apa sebab yang membuatkan manusia sanggup melakukan semua ini??

Tak perlu peningkan kepala ,perkara ini "simple",apabila manusia dipengaruhi oleh PANGKAT,KUASA,DUIT dan tidak meletakkan alquran,hadis sohih,ijma' ulama sebagai rujukan utama,semua benda ini akan terjadi.

Contoh apa yang aku cakap ni tak perlu dilihat jauh-jauh sampai keserang sungai,seberang tasik atau seberang dunia. Contoh terdekat di Malaysia,dari pangkat atasan hinggalah kebawah,boleh dilihat.

Dari sebab itulah manusia hanya membiarkan maksiat didepan mata berlaku tanpa ada inisiatif untuk banterasnya,ia sama seperti membenarkan ia berlaku,dan menyokong perkara ini terus menerus terjadi di malaysia yang kononnya negara islam sampai pak syikh "barrack obama" yang iktiraf malaysia sebagai negara islam.

Apabila alquran tidak dijadikan pegangan,akan terjadilah satu kesukaran,kepayahan,untuk melaksakan kebaikan walau sebesar biji zarah,sebesar kuman antrax dan kalau adapun semestinya untuk mendapat pujian,mendapat "title" ustaz,TANPA ada setitik KEIKHLASAN didalam sanubari.

Itu juga terjadi kepada golongan-golongan "ugama" yang menjalankan misi dakwah,pelbagai tohmahan,hinaan malah ada yang dibunuh seperti kes assyahid almarhum ustaz ibrahim Libya,semua berpunca kepada satu perkara,ALquran,Hadis sohih,ijma' ulama TIDAK dijadikan panduan utama.

Perkataan AMAR MUNKAR NAHI' MA'RUF akan terus menerus terjadi sekiranya hati tidak kepada alquran,iman senipis nipisnya,ulama dipinggirkan,hadis sohih tidak dipedulikan hingga ke akhir zaman,satu perkara,tak kan nak tunggu IMAM MAHDI sampai baru nak elok..Sekaranglah masanya patut berubah,ajak rakan-rakan,saudara,keluarga dan jika semua tak mahu,mulakan dengan DIRI SENDIRI!!..

Akhirul kalam,bak kata syeikh Zainal Abidin Sintok:

"Maka,sertai lah,....
dalam jemaah suci termulia...
yang berasaskan kalimah Tauhid,
dalam mubai'ah syahadah spt yg di laksanakan Rasulullah...
bersatu bersama murabbi yang mewarisi bendera dan panji2...
berikrar untuk menjadi murid dan pengikut setia...
sehingga berhimpun dan berkumpul...
Sebuah Empayar Islam di akhir zaman"

macam mana nak tahu??kembali kepada golongan "ugama" yang dipinggirkan dan merujuklah

wassalam,apa yang baik hanya dari allah dan yan buruk datang dari diri aku sendiri